Wednesday, May 4, 2011

MP desak pembinaan klinik kesihatan ikut jadual‏

Nabawan : Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup menggesa Kementerian Kesihatan agar mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kelewatan pelaksanaan projek klinik kesihatan daerah yang terbengkalai. Kerja-kerja tertangguh pihak kontraktor itu telah berlaku sejak tiga bulan yang lalu.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, sebagai wakil rakyat di kawasan itu, beliau sudah tentu sangat kecewa kerana projek itu yang sepatutnya siap pada Februari 2012 , adalah kemudahan yang sangat dinanti-nantikan oleh masyarakat di kawasan itu.
“Saya merasa tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini, pihak Kementerian Kesihatan harus membuat tindakan segera dan tegas untuk mengatasinya, kerana kita sangat perlukan kemudahan ini,” kata Kurup yang turut membuat lawatan ke tapak binaan klinik kesihatan tersebut disini. Bagaimanapun tidak ada tanda tanda kerja dilakukan.
Katanya adalah menjadi harapan beliau dan pemimpin di kawasan itu agar kemudahan tersebut dilakasana mengikut jadualnya.
“Keutamaan harus menjadi agenda utama kerana penduduk disini sangat memerlukan hospital. Statistik mengenai taraf kesihatan mereka (penduduk) bukanlah memuaskan,” kata Kurup yang turut menganjurkan beberapa program perkhidmatan kesihatan di kawasan itu termasuk bersama Mercy Malaysia.
Oleh itu kata Kurup, bagi pihak masyarakat di daerah itu, beliau merayu agar binaan kemudahan itu dipercepatkan.
Menurut sumber yang diperolehi dari Lembaga Pelawat Klinik Kesihatan, projek tersebut terbengkalai disebabkan oleh masalah kewangan pihak kontraktor.
“Projek ini adalah yang terbesar diberikan oleh kerajaan, maka kami merayu agar projek ini disiapkan seperti yang telah dirancang ,” ujar Ahmad.

No comments: