Saturday, May 21, 2011

Hati hati isu perkauman : Kurup


Keningau : Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup mengingatkan masyarakat di pedalaman agar berjaga-jaga dengan isu perkauman yang dibawa oleh pihak tertentu untuk memenuhi tuntutan politik mereka semata. Isu tersebut ujar Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, boleh memecahbelahkan perpaduan yang telah terbina sekian lama.

Kurup berkata demikian di majlis perasmian sambutan perayaan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Kecil Sook disini. Turut hadir, Wakil Rakyat Sook yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Pegawai Daerah Nabawan Bubudan OT Majalu dan para pemimpin masyarakat serta kakitangan kerajaan.
"Isu perkauman merosakkan perasaan setiakawan dan lebih banyak mendatangkan kerugian dari kebaikan," kata Kurup.
Beliau juga mengajak rakyat untuk meningkatkan perpaduan persaudaraan dan setiakawan.
"Pesta Kaamatan tempat sebagai gelanggang untuk mewujudkan persefahaman yang lebih erat dan perasan toleransi yang lebih luas lagi diantara semua lapisan masyarakat yang terdapat di daerah ini, " kata Kurup yang merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Beliau juga mengajak rakyat di pedalaman untuk mengukur dan menilai tentang kemajuan yang telah mereka capai pada tahun lepas dan dijadikan pedoman seterusnya ke hadapan.
Mengenai pembangunan di daerah itu ,, Kurup berkata dearah itu telah banyak mengalami perubahan sejak tahun 1985.
"Pelbagai infrastuktur telah dibina termasuk bekalan elektrik namun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki,"ujar Kurup.
Usaha-usaha pembangunan Pekan Sook akan terus giat dilakukan.
"berbanding dimasa yang lalu kita tidak dapat menafikan bahawa perbezaan agak ketara di sekeliling kita," kata Kurup.
Tambah Kurup, tentu sekali banyak pembangunan dan banyak keperluan rakyat yang harus dilakukan di Sook namun bukan kesemua permintaan rakyat dapat dilaksana dengan sekelip mata.

No comments: