Saturday, May 21, 2011

PBS nafi kenyataan ketua cawangan wakili parti, itu pendapat peribadi kata Alexander


Simpil (kiri) bersama dengan Alexander


Nabawan : Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) N.38 Nabawan menafikan sekeras-kerasnya satu kenyataan yang didakwa mewakili parti berkenan di akhbar rabu yang mendakwa Parti PBRS bukan asset BN.
Alexander Adut, yang ditemui dipejabatnya disini berkata, beliau kesal dengan kenyataan tersebut kerana dibuat tanpa pengetahuan beliau sebagai Ketua Bahagian dan AJK Bahagian.
“Kenyataan itu tiba-tiba keluar dan saya juga menerima banyak panggilan. Ini bukan dari kami, kami tidak terlibat,” kata Alexander.
Beliau yang turut ditemui oleh Penolong Ketua Penerangan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.38 Nabawan merangkap Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Empir Andigos, yang datang meminta penjelasan berkenan dengan kenyataan tersebut di pejabatnya.
“Kenyataan itu adalah kenyataan Jack Sangau sendiri dan pendapat beliau sendiri, Kami tidak pernah membincangkan hal tersebut “ kata Alexander.
Sehubungan dengan itu kata Alexander , apa pun yang diperkatakan dalam kenyataan itu adalah pendapat Jack Sangau sendiri.
Alexander juga memberitahu bahawa antara PBS dan PBRS di kawasan itu tidak ada masalah dan mempunyai hubungan yang baik.
“Kita bekerja dengan baik sebagai parti komponen BN dan kami menghormati parti ini (PBRS),” ujar Alexander.
Sementara itu, Simpil Andigos berkata tujuan parti PBRS menemui PBS adalah untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar berkenan dengan kenyataan Ketua cawangan PBS Kg.Nalasaran, Jack Sanggau.
“Kita tidak mahu keadaan menjadi keruh disebabkan oleh kenyataan oleh seseorang diperalat oleh pihak pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi di Pensiangan,” kata Simpil.

No comments: