Wednesday, May 4, 2011

Dua cawangan parti pembangkang bubar‏

Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dan mantan ketua cawangan SAPP (kiri) Lakim , Ketua Cawangan PBRS, Etingan @Ismail dan Minah, mantan ketua cawangan SAPP (kanan).


Nabawan : Hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti, cawangan parti pembangkang Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disini dibubar dan mengambil keputusan menyertai Barisan Nasional (BN) melalui Parti Bersatu Rakyat Sabah(PBRS) di sini.
Lakim Andikol,37, mantan Ketua Cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kg.Sarikan berkata, parti itu di Nabawan bukan sahaja kucar kacir dengan masalah malahan tidak ada perkembangan terkini yang menjurus kepada soal membela nasib rakyat.
“ Di kampong ini ramai yang menerima bantuan 1Azam, bantuan kebajikan dan juga bantuan rumah yang disalurkan oleh kerajaan, kita melihat kebaikan kerajaan yang bersungguh-sungguh dan sepatutnya inilah yang kita sokong,” kata Lakim yang turut membubarkan cawangan PKR di kampong tersebut.
Dan inilah sebabnya kami sertai BN melalui PBRS yang telah membuka mata kami bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin, ujar Lakim.
Beliau berkata demikian di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Penyerahan Borang Keahlian dan Perasmian Cawangan PBRS Kg.Sarikan disini. Borang keahlian diserahkan kepada Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan. Turut hadir sama Timbalan Presiden PBRS , Datuk Ellron Angin dan Ketua Bahagian PBRS Nabaean, Paul Yambak.
Sementara itu , Minah Ambiru @ Angdasab, 48, mantan Ketua Cawangan SAPP berkata, parti SAPP bersama dengan Presiden telah datang ke kampong itu pada tahun 2009, dan menubuhkan cawangan parti itu.
“Sejak dari itu mereka langsung tidak datang ke sini mahupun wakil dari pucuk pimpinan. Justeru itu kami mengambil keputusan untuk meninggalkan perjuangan parti ini yang tidak memperjuangkan nasib kami seperti mana yang mereka janjikan,” kata Minah.
Katanya, mereka memilih PBRS kerana melihat pembangunan yang dibawakan oleh parti itu kepada rakyat di kawasan luar Bandar.
Sempena majlis itu seramai 171 borang keahlian diserahkan oleh Ketua Cawangan PBRS Kg,Sarikan, Etingan @ Ismail Songoro kepada Kurup.
Kurup yang mengalu-alukan penyertaan itu berkata, rakyat menerima perjuangan parti itu yang komited kepada rakyat terutamanya usaha membasmi kemiskinan.

No comments: