Wednesday, May 4, 2011

LAGI PERUBAHAN DI KG.SANANG, SOOK.

gereja lama


gereja baru


Kampung Sanang dihuni oleh masyarakat kaum Murut. Sebelum ini perkampungan mereka terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Mandalom. Pernah mendapat notis pengusiran dari Jabatan Hutan dengan alasan kononnya seorang penduduk membina struktur di kawasan perkampungan. Namun hasil campurtangan YB Ahli Parlimen Pensiangan dan dialog bersama Jabatan Hutan di kampung itu telah selesaikan masalah. YB Tan Sri, yang juga seorang peguam berkata, penduduk di kampung itu berhak membina rumah di kawasan dimana mereka dibenarkan dan tidak menyalahi undang-undang.

Kg.Sanang adalah antara kampung yang telah dibubarkan dari status hutan simpan.

Penduduk di kampung ini juga boleh dikatakan sebagai penduduk yang patuh dan warak. Bukan sahaja menghormati undang-undang negara malahan pengikut agama Kristian SIB yang taat.

YB Ahli Parlimen Tan Sri Joseph Kurup telah memberikan peruntukan membina rumah ibadat gereja SIB yang baru. Yang telah dirasmikan pada 1hb Mei 2011.











No comments: