Tuesday, May 3, 2011

KK Ilik terharu keprihatinan masyarakat


KK Ilik


Keningau : Semangat berkerjasama dan prihatin penduduk di Kampung Nandangan, Sook berjaya menyelamatkan harta benda seorang pemilik rumah kedai disini. Kebakaran yang berlaku bermula dari tingkat atas rumah kedai itu tidak disedari oleh pemiliknya kerana sibuk melayan pelanggan sementara anak-anak telah pun beredar ke sekolah.
Namun atas keperihatinan penduduk yang melihat asap tebal dari tingkat atas rumah itu, mereka telagh bergotong royong memadamkan api tersebut dari terus merebak.
Pemilik rumah, KK Ilik Ukim berkata ketika kejadian itu berlaku hanya isteri , bapa serta kakaknya berada di rumah, tetapi sibuk menjalankan urusniaga seperti kebiasaannya. Rumah kedai milik KK Ilik Ukim itu adalah diantara kedai yang berniaga berhampiran dengan Skim Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) , dan merupakan kawasan yang sentiasa sibuk di kawasan luar Bandar terutamanya di Bahagian Mukim Lanas, Daerah Kecil Sook.
KK Ilik berkata, beliau sangat berterima kasih di atas bantuan orang ramai yang memadamkan api tersebut seklaigus berjaya menyelamatkan harta benda.
Kata KK Ilik, kejadian kebakaran itu mengingatkan mereka kepada satu kebakaran dahsyat di sekitar kawasan itu yang menyebabkan kehilangan nyawa satu ketika dahulu.
“Saya sangat berterima kasih kepada orang ramai yang membantu keluarga saya semasa kejadian itu. Dan saya juga sangat bersyukur kerana anggota keluarga saya juga selamat,” kata KK Ilik Ukim yang menyatakan ketika kejadian itu berlaku beliau tidak berada di rumah kerana ada urusan.
Malahan kata KK Ilik Ukim, masyarakat prihatin yang membantu memadamkan api itu ada yang mendapagt luka sehingga mendapatkan rawatan jahitan.
Anggaran kerosakan akibat kebakaran itu dianggar RM10 ribu. Namun kata KK Ilik Ukim, yang penting keluarganya selamat dalam kejadian itu.
Sementara itu Pemaju Masyarakat , Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) N.37 Sook , Ramian Ayub berkata, kampung-kampung di DUN Sook diminta untuk menubuhkan pasukan bomba sukarelawan bagi menghadapi situasi yang tidak dijangka seperti yang berlaku di Kampung Nandagan.
“Pengetahuan asas menangani kebakaran sangat penting kepada penduduk di kawasan luar bandar,” kata Ramian .

No comments: