Saturday, May 21, 2011

Pastikan jalan raya sentiasa diselenggara : MP



Keningau : Jabatan Kerja Raya dan syarikat Kekal Mewah diminta untuk sentiasa menyelenggara jalan dibawah selian mereka terutama yang berisiko. Ini kerana jalan-jalan tersebut sangat penting sebagai laluan utama para pelajar dan penduduk kampong membawa hasil kebun mereka.
Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata demikian ketika memantau keadaan jalan raya di Kg. Sri Menanti bersama Adun Sook Datuk Ellron Angin, JKR dan Kekal Mewah disini.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kemudiannya membawa masalah mengenai jalan-jalan raya di kawasan Sook di mesyuarat susulan bersama JKR Negeri untuk diambil tindakan.
Sementara itu seorang penduduk Kg. Sri Menanti, Suhaimin Gontorik berkata, mereka sangat berbesar hati dengan lawatan turun padang kedua dua wakil rakyat tersebut walaupun tidak dijemput ke kampong tersebut.
“Inilah pemimpin yang kita mahu kerana melihat rakyat malahan datang mengejut,” kata Suhaimin.

No comments: