Wednesday, May 4, 2011

PBRS Merotai terima kasih pembubaran tanah

Thomas



Tawau : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian N.58 Merotai menyambut baik keprihatinan serta tindakan yang dilakukan kerajaan negeri dalam memberi jaminan hak rakyat terhadap tanah dan status tanah adat.
Ketua Bahagian PBRS Merotai, Thomas Majunga berkata, jaminan serta tindakan itu sangat dialu-alukan kerana masalah berkaitan dengan pemilikan tanah termasuh tanah adat di kawasan itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
“Terima kasih atas keperihatinan kerajaan tentang tanah –tanah yang diambil oleh syarikat syarikat, dan kepada tanah-tanah adat yang tidak boleh dimiliki orang–orang kampong kini dikembalikan kepada mereka yang berhak,” kata Thomas.
Menurut Thomas tanah-tanah yang terlibat dikeluarkan kerajaan itu ialah Kg.Barantian, Kg.Landau (Ulu Merotai), Kg.Kadazan (Balung), juga Kg.Kampil dan Kg Narandang Kanibongan (Pitas).
“Ramai yang telah kehilangan tanah disebabkan tanah-tanah ini diambil oleh syarikat-syarikat . Kebanyakan yang kehilangan tanah ini adalah orang orang tempatan dan pesara kerajaan,” ujar Thomas yang merupakan bekas tentera.
Namun kata Thomas, kerajaan telah berpihak kepada rakyat dan itu adalah sesuatu yang sangat positif.
Thomas juga berkata perasaan orang-orang kampong juga sangat lega dan sangat bersyukur kerana Ketua Menteri memberi perhatian terhadap Tuntutan Tanah Adat. Ini disebabkan kata Thomas, ramai penduduk kampong di kawasan itu menghadapi masalah berkaitan.
Bukan itu sahaja kata Thomas, masalah dokumen pengenalan diri yang mengambil masa untuk diselesaikan di kalangan masyarakat tempatan juga diambil perhatian.
“PBRS merasa sangat sukacita dengan perkembangan ini selaku penyambung suara orang kampong kepada kerajaan, Dan ianya bertepatan sekali dengan slogan kerajaan Persekutuan mendahulukan rakyat” kata Thomas.

No comments: